Rabu, 26 Disember 2018


GAMBAR  MAAHAD KETIKA TERBAKAR

Foto Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi.

GAMBAR TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD











MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI

Maahad Tahfiz Darul Itqan Al- Muahammadi terletak di Sabak Bernam masih memerlukan sumbangan kewangan derma, wakaf dan doa sokongan tuan-tuan,
Setakat ini pebinaan sebuah bangunan 2 tingkat telah mencapai 60%, meliputi 15 buah bilik asrama, pejabat bilik guru, bilik rawatan, sebuah dewan besar dan perpustakaan. Semua kos pembinaan menelan belanja RM 2juta.

Yakinlah bahawa setiap ringgit yang kita belanjakan akan membesarkan mahligai kita dalam syurga.

Salurkan sumbangan  tuan-tuan ke akaun:
MAYBANK atas nama Tabung Pembangunan Darul Itaqan
No. Akaun: 562094054761

BANK ISLAM atas nama Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi
no. Akaun: 12056010029782

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh berhubung dengan Mudir di no. telepon
012-3524420(Ust. Sharif)

Rabu, 19 Disember 2018


BERITA GEMBIRA !!!

TAWARAN PENGAMBILAN  PELAJAR BARU 2019 HAFIZ/HAFIZAH &
ALIM/SYARIAH  SECARA PERCUMA HANYA DI MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL MUHAMMADI
Jalan Muhammad Kg Batu 40, Sabak Bernam, Selangor

Pengajian sepenuh masa tanpa yuran, khusus untuk pelajar yang berkelayakkan seperti dibawah:

Syarat- syarat kemasukan:-
1- Pelajar Cemerlang(6A dalam UPSR atau Mumtaz dalam UPSRA)
2- ASNAF Fakir dan Miskin
3- Anak Yatim
4- Mualaf
5- Yuran rendah bagi mereka yang menghantar lebih 2 orang anak


Syarat-syarat kemasukan untuk pelajar-pelajar Hafiz/Hafizah:

1- Lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 18 tahun.
2- Lancar membaca al-Quran.
3- Mahir dalam pembacaan dan menulis rumi dan jawi.
4- Minat yang mendalam untuk menjadi Hafiz & Hafizah
5-Tiada masalah disiplin.
6- Lulus temuduga pihak madrasah.


Bagi  pelajar berkemampuan: 
Pendaftaran: RM320 
Yuran Bulanan: RM280

Tempoh pengajian ialah 3 tahun, berasrama penuh serta makan dan minum disediakan.

Antara pengisian lain yang kami susunkan untuk para pelajar adalah mata pelajaran tambahan seperti; 
* Fiqah, Tauhid, Tajwid dan Tasawuf.
* Disamping itu kami juga menyediakan kelas bahasa Arab dan Urdu serta
   cara berdakwah secara amali mengikut sunnah-sunnah Nabi saw.

Kemahiran hidup sepanjang hayat:-
* Memasak
* Menjahit
* Pertanian dll


Bagi pengajian Alim/ Syariah, Pengajian Bahasa Arab (ilmu nahu /sorof), pengajian ilmu Hadis, Tafsir serta pemantapan penggunaan Bahasa Arab yang terbaik . MTDIM menyediakan guru-guru yang mahir dari dalam dan luar negara. 

REBUTLAH PELUANG INI.

Tarikh pendaftaran: 01 January 2019

Hubungi Segera:
Tel: 012 3524420
(UST. Mohd Sharif)
pengetua MTDIM

Sabtu, 15 Disember 2018

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI TAHUN 2019

Pengambilan pelajar baru tahun 2019 terbuka untuk semua pelajar dari dalam dan luar negara khusus untuk pengajian Alim / Syari`ah / hafiz dan hafizah. MTDIM membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat lelaki dan perempuan berumur antara 10-15 tahun dgn syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PENGAJIAN ILMU NAHU DAN SARAF YANG TERUNGGUL
          Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi Sabak Bernam adalah salah satu Maahad/Madrasah yang menawarkan pengajian terunggul dan terbaik di Malaysia. Dalam masa 2 tahun sahaja pelajar akan mahir di dalam ilmu nahu dan saraf bersama kaedah Bahasa Arab dan mampu membaca kitab-kitab arab yang tidak berbaris.
Pelajar juga mampu menulis dan bertutur didalam Bahasa Arab dengan baik. Rebutlah peluang keemasan ini untuk anak-anak anda. Semoga pada masa akan datang ia menjadi ulama’ yang berwibawa dan cemerlang. 








Sesi temuduga akan bermula pada 1 January 2019 hingga 28 January 2019 
Waktu pejabat : 9 pagi hingga 4 ptg
Borang permohonan boleh didapati di pejabat MTDIM.





Jumaat, 1 Disember 2017

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHUN 2018

Pengambilan pelajar baru tahun 2018 terbuka untuk semua pelajar dari dalam dan luar negara khusus untuk pengajian Alim / Syari`ah / hafiz dan hafizah. MTDIM membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat lelaki dan perempuan berumur antara 10-15 tahun dgn syarat-syarat yang telah ditetapkan.





Sesi temuduga akan bermula pada 4 Disember 2017 hingga 28 Disember 2017 
Waktu pejabat : 9 pagi hingga 4 ptg
Borang permohonan boleh didapati di pejabat MTDIM.

Jumaat, 10 November 2017

MAJLIS HAFIZ AL-QURAN PELAJAR MTDIM

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA kerana Mahaad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi(MTDIM)sekali lagi berjaya melahirkan seorang lagi hafiz bernama Ahmad Adzim Naqib Bin Ahmad Shaufie pada 7 November 2017 hari Selasa.Majlis telah di adakan di dewan besar MTDIM pada jam 3:00 petang yang dihadiri oleh semua pelajar MTDIM dan guru-guru MTDIM.Ahmad Adzim Naqib telah menghantar hafalan sabak terakhir beliau kepada Maulana Muhammad Sharif mudir MTDIM.Lebih manis kejayaan ini dikongsi dengan kehadiran ke dua ibu bapa Ahmad Adzim dari Teluk Intan Perak.JazakallahuKhairanKatseera kepada guru yang tidak jemu dan  membimbing beliau iaitu Ustaz Saed-ur-rahman dari Pakistan.Besarlah harapan pihak MTDIM supaya beliau dapat mengekalkan hafalan Al-Quran dalam dirinya seterusnya mengamalkan keseluruhan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan beliau.

Sekian.