SEJARAH


Mukaddimah dan Sejarah Penubuhan

 

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi” telah dibuka pada 3hb Januari 2012. Pusat ini beroperasi di Surau Al-Muhammadiah dan bagunan lama Sekolah Agama Al-Muhammadiah, Jalan Haji Mohammad Kg Batu 40, 45200 Sabak Bernam Selangor. Ia adalah sebuah madrasah persendirian (swasta) yang menawarkan pendidikan Al-Quran, penghafalan dan ulum ul-Quran. Madrasah ini beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajar-pelajarya di asrama sepenuh masa. Bangunannya adalah bekas sekolah lama kelolaan JAIS yang telah ditinggalkan sejak tahun 1998, satelah dipindahkan ke Batu 1 Tebuk Pulai.Sabak Bernam.
Beberapa pihak cuba untuk membangunkan sebagai madrasah tetapi gagal. Alhamdulillah dengan keyakinan diri dan pengalaman yang lalu, kami AJK Tahfiz Darul Itqan cuba untuk menghidupkan semula madrasah ini daripada terbiar dan usang dimamah usia. Pihak tuan tanah berbesar hati dan amat gembira dengan tertubuhnya pusat tahfiz ini yang akan mengembalikan zaman kegemilangan seperti 20 tahun yang lalu. Pihak JAIS yang bertanggung jawab mengendalikan bangunan juga berbesar hati dan memberi kebenaran untuk kami beroperasi. Kami telah mulai dengan Progren Cuti sekolah“Program Remaja dan Kecemerlangan Pra Tahfiz” di musim cuti selama 3minggu. Seramai 80 orang pelajar dari seluruh negeri telah terpilih mengikuti program tersebut. Kesinambungan daripada itu kami cuba untuk meneruskan Pengajian Tahfiz sepenuh masa dan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.

Kini seramai 20 orang pelajar mengikuti kelas sepenuh masa dan dibimbing oleh 3 orang guru. Pihak pengurusan cuba untuk meningkatkan kemasukan pelajar, prestasi pendidikan, prasarana dan kemudahan asas. Untuk mencapai maksud ini tanpa kerjasama dari semua pihak tiada kejayaan yang akan dicapai. Dengan kos operasi yang tinggi dan kurangnya sumbangan menyebabkan banyak aktiviti pelajaran tidak dapat dijalankan. Beberapa Plan Pembangunan Maahad MTDIM telah di rangka yang akan memartabatkan Maahad ini standing dengan Kolej-kolej Islam yang lain.

Menambah Pelajar dari dalam dan Luar Negara.

Pertambahan dan kemasukan pelajar setiap tahun hendaklah dibuat dengan semaksima yang mungkin. Pihak pentadbiran akan menguatkan promosi dan menggunakan segala bentuk telikomenikasi, media massa seperti surat khabar, majalah, radio dan internet di bahagian pengiklanan.Menjelang akhir tahun 2012 MTDIM akan berusaha untuk membuat pengambilan pelajar seramai 100 orang.

Perkenalkan MTDIM ke Dunia Antarabangsa

Sesuatu yang berkualiti dan bernilai tinggi akan menjadi buruan setiap manusia. Kami akan jadikan apa yang ada didalam MTDIM ini sebagai khazanah yang paling bernilai dan dipelihara dengan baik. MTDIM amat berkait rapat dengan pergerakan dakwah dan Tabligh sedunia. Sebenarnya kami tidak pernah menghantar surat untuk menjemput mereka, namun mereka mengenali MTDIM melalui usaha dakwah. Satu masa dulu madrasah induk kami pernah menerima lebih 50 orang pelajar dari luar Negara. Apalagi jika pihak pengurusan menubuhkan satu Lujnah khas untuk pengambilan pelajar Luar Negara.

Kami akan menghubungi pusat-pusat Islam dinegara luar dan mempromosikan melalui internet. Kedatangan mereka akan meyakinkan lagi orang tempatan dan rahmat akan mencurah-curah dimadrasah ini. Hubungan dengan Islamic Center Negara mereka dimana mereka akan membuat pemilihan dan mengeluarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar mereka. Peluang ini masih banyak terutama dinegara-negara yang masih kurang pusat-pusat pengajian islam separti Philipina, Kampucia, Viatnam, Sri Langka, Fiji, Australia, Singgapura, Brunai, Cina, dan Negara-negara Asia Barat.

Maka dengan ini kami menjemput seberapa ramai Pelajar Luar Negara yang berminat untuk mendalami Ilmu agama agar dapat belajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi ini. Pihak kami sentiasa memberi kerjasama untuk mendapatkan visa pelajar dan dermasiswa kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.


No comments:

Post a Comment