PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN

Program-program pengajian ini terbuka kepada semua yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Pemohon lelaki berumur antara 10 hingga 21 tahun
  • Pemohon yang telah tamat peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dengan keputusan yang baik adalah diutamakan
  • Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan yang mendalam
  • Boleh membaca al-Quran dengan lancar (bagi calon-calon Pra-Tahfiz)
  • Boleh membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik
  • Berdisiplin, berakhlak mulia dan bersedia untuk taat dan patuh kepada peraturan MTDIM
  • Mendapat persetujuan ibu bapa 
  • Lulus ditemuduga oleh MTDIM 
Kepada yang berminat mengikuti pengajian-pengajian yang ditawarkan, bolehlah datang sendiri ke lokasi MTDIM seperti yang tertera di laman ini untuk memohon.

Borang permohonan hendaklah dimuatturun dan diisi dengan lengkap. Pemohon dan penjaga hendaklah hadir sendiri ke MTDIM untuk ditemuduga. Hanya calon-calon yang lulus dalam temuduga sahaja akan dipanggil mendaftar bagi mengikuti pengajian-pengajian yang ditawarkan.

Klik di sini untuk muatturun senarai semak permohonan.
Klik di sini untuk muatturun borang permohonan.
Klik di sini untuk muatturun perjanjian penyerahan.