TARBIAH DAN PENGHAYATAN

Objektif penubuhan MTDIM bukan sekadar menyediakan ilmu, bahkan untuk mendidik anak-anak muda kembali menghayati agama secara lengkap. Keseluruhan perjalanan jadual harian MTDIM adalah merupakan tarbiah kepada pelajar-pelajar yang menimba ilmu di dalamnya.

Dalam mengikuti pengajian di MTDIM, pelajar-pelajar tertakluk kepada jadual berikut:

4.30 pagi – 5.00 pagi
Bangun tidur
5.00 pagi – 6.00 pagi
Membaca bacaan/pelajaran baru
6.00 pagi – 6.30 pagi
Solat Subuh
6.30 pagi – 7.30 pagi
Memperdengarkan bacaan baru/Sesi belajar
7.30 pagi – 8.30 pagi
Rehat dan sarapan
8.30 pagi – 11.30 pagi
Kelas sepenuh masa
11.30 pagi – 12.00 tengahari
Makan tengahari
12.00 tengahari – 2.00 petang
Rehat
2.00 petang – 2.15 petang
Solat Zohor
2.15 petang – 2.30 petang
Majlis pembacaan hadis
2.30 petang – 4.30 petang
Penyemakan bacaan/Sesi belajar
4.30 petang – 5.00 petang
Solat Asar
5.00 petang – 5.30 petang
Muzakarah
5.30 petang – 6.45 petang
Rehat, riadah dan makan malam
6.45 petang – 7.15 malam
Zikir munajat
7.15 malam – 7.30 malam
Solat Maghrib
7.30 malam – 8.45 malam
Kelas menghafal (Pelajaran baru)
8.45 malam – 9.15 malam
Solat Isyak
9.15 malam – 10.00 malam
Kelas menghafal (Ulangan/Pelajaran baru)
10.00 malam – 11.30 malam
Rehat dan tidur

Amalan Sunnah Seharian

Penekanan diberikan terhadap menghidupkan amalan sunnah Baginda Nabi S.A.W seharian secara praktikal. Bermula daripada sunnah-sunnah penampilan diri seperti pakaian lalu mendalam kepada sunnah ibadah dan seterusnya menerokai sunnah yang lebih besar iaitu sunnah dakwah Baginda Nabi S.A.W.

Usaha Dakwah

Pelajar-pelajar MTDIM bukan sahaja mempelajari ilmu agama, mereka juga diajar usaha menyebarkan agama. Usaha ini yang menjadi nadi agama itu sendiri didedahkan kepada setiap pelajar-pelajar. Dengan usaha sebegini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan mempunyai pemikiran untuk mendalami ilmu, malah mereka juga akan mempunyai kerisauan yang dalam terhadap ummat di seluruh alam.