SUMBANGAN DAN WAKAF

Sebagai sebuah badan persendirian, MTDIM ditadbir dengan pembiayaan yang juga bersifat persendirian. Operasinya adalah berdasarkan konsep tabaaruk, semata-mata untuk kemajuan ummat Islam dan bukan untuk tujuan komersil. Yuran-yuran yang diambil dari pelajar-pelajar adalah begitu minima dan seringkali berlaku defisit dalam menangani perbelanjaan bulanan yang besar.

Pengurusan MTDIM berhempas-pulas mencari pembiayaan bulanan dari pelbagai sumber. Oleh itu, sumbangan-sumbangan dari sesiapa sahaja amatlah dialu-alukan.

Sebarang sumbangan dan wakaf boleh dibuat dengan menghubungi MTDIM atau disalurkan terus ke akaun bank MTDIM seperti berikut:

Nama Akaun: Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi
Bank: Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun: 562094050271


Sayyidina Abu Mas’ud Badri meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang menunjukkan perkara kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang sama sepertimana pelaku amalan tersebut memperolehinya.” (Abu Daud)

Semoga sumbangan yang diberikan diterima Allah dan menjadi asbab kepada kemajuan ummat di seluruh alam.