Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi akan menerima kemasukan Pelajar Baru mulai 3 JANUARI 2016. Pelajar-pelajar yang berminat adalah dipelawa untuk mengikuti pengajian ini untuk jangka masa 3 tahun.
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :
- Pelajar berumur antara 10 hingga 19 tahun.
- Pelajar yang tamat UPSR, PMR, SPM dengan keputusan yang baik adalah diutamakan.
- Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan yang mendalam.
- Boleh membaca Al-Quran dengan lancar/Pra tahfiz.
- Boleh membaca dan menulis di dalam rumi dan jawi.
- Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibu bapa.
- Lulus temuduga oleh pihak Maahad.
- Makan dan minum 4 kali sehari mengikut menu yang disediakan (Sarapan pagi, tengah hari, malan dan minum malam jam 10.00 pm)
- tempat tingal (asrama) yang lengkap berserta katil, tilam dan almari.
- Kedai koperasi untuk keperluan harian yang menjual jubah, seluar panjang, kopiah, serban ,alatan keperluan diri dan sebagainya.
- Perkhidmatan kesihatan dan rawatan.
Sukatan Pelajaran 1 :
Bil
|
Pengajian
|
Tahap pencapaian
|
Tempoh
|
1
|
Pra Tahfiz/ Kelas Nazirah
|
Bagi Pelajar yang belum lancar membaca atau diperingkat IQRA”
|
4 bulan
|
2
|
Pengajian Tahfiz (Penghafalan 30 juzuk)
|
Mereka yang telah lancar membaca atau yang pernah khatam al-Quran
|
3 tahun
|
3.
|
Syahafdah Tahfiz dan Kepakaran Al-Quran
|
Mereka yang telah tamat menghafal 30 juzuk Al-Quran
|
1 tahun
|
· Sukatan Pelajaran 2 :
v
v
Selain daripada menghafal Al-Quran para pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti kelas-kelas pengajian seperti berikut:
i. Tajwid wal Qiraat
ii. Fardu Ain (Fekah, Tauhid dan Tasauf)
iii. Peradaban dan Sunnah
iv. Bahasa Melayu
v. Matematik
vi. Asas Bahasa Arab
vii. Sirah Nabi
|
Lanjutan pelajaran :
Pelajar yang telah tamat 30 juzuk Al-Quran dan telah mengambil Sijil Syahadah/Kepakaran (Diploma Tahfiz) adalah layak untuk menyambung pelajaran yang akan diuruskan oleh pihak Maahad sebagaimana berikut :
- Mengambil peperiksaan SPM secara persendirian di Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai calon persendirian (untuk pelajar yang berusia 17 tahun sahaja) dan kelas tuisyen akan diberikan.
- Menyambung pelajaran di peringkat ilmiah di Maahad Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur.
- Menyambung pengajian di bidang alim (Syariah dan Hadith) di Darul Uloom Faisalabad, Pakistan.
- Menyambung pengajian bahagian Qiraat di Al-Syubro, Mesir.
- Menyambung pengajian di bidang alimiah di Pesanteren Temboro, Indonesia.
Yuran dan Pendaftaran :-
Pendaftaran pelajar akan dibuat pada awal tahun 3/01/2016.
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM250.00 dan yuran bulanan adalah sebanyak RM250.00 sebulan.Yuran hendaklan dijelaskan setiap awal bulan (minggu pertama) setiap bulan.
Bagi pelajar yang telah diterima masuk ke Pusat Tahfiz ini diminta hadir pada hari pendaftaran dengan membawa barang-barang berikut :-
Tarikh : Mulai 3hb Januari 2016
Masa : 10.00 pagi.
Tempat : Pejabat urusan Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi.
Bawa bersama barang keperluan seperti berikut:
- 2 salian kad pengenalan dan gambar
- 2 pasang jubah berwarna putih
- 1 pasang baju kurta putih.
- 1 pasang baju melayu (warna bebas)
- 1 pasang seluar longgar
- 1 pasang baju dan seluar sukan
- 1 helai kain pelikat
- 2 helai kupiah putih
- 2 helai baju T berwarna putih yang tidak bergambar
- 1 helai serban putih
- 1 buah bantal
- 1 helai cadar (kain cotton warna bitu langit)
- Peralatan mandi (berus gigi, sabun dan lain-lain)
- Penyangkut baju
Tidak dibenarkan membawa sebarang atikel larangan seperti telephon bimbit,senjata tajam, majalah-majalah bergambar dan seumpama dengannya.
Lawatan
Ibu bapa boleh melawat anak-anak sebulan sekali pada awal bulan. Hari Ahad dari Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tidak dibenarkan mana-mana ibu bapa penjaga membawa anak-anak mereka balik ke rumah. Pelepasan keluar dari kawasan madrasah hanyalah dengan kebenaran guru secara bertulis.
Percutian
Madrasah mempunyai masa-masa cuti yang tersendiri. Tidak sama dengan cuti persekolahan umum. Namun percutian penggal pertama (1 minggu), Hari Raya Puasa (15hari) dan Hari Raya Haji (07 Hari) akan diberikan. Pihak Madrasah akan menghubungi penjaga 1minggu sebelum cuti bermula.
Sebarang pertanyaan :
Maulana Sharif Musa al-Hasani : 012-352 4420 (Mudir/ Pengetua)
Ustazah Hanani : 019-293 9189
Ustaz Ilyas : 017-991 4622

Tiada ulasan:
Catat Ulasan